Belajar ilmu godam sistem di Youtube - Utusan Malaysia

Belajar ilmu godam sistem di Youtube

KHAIRUL AZLEE ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tonton Youtube untuk mempelajari ilmu menggodam sistem komputer.

Itu antara kaedah dipelajari penggodam yang dikategorikan masih baharu menceburi ‘bidang’ tersebut di negara ini.

Presiden dan Pengasas Asia Pasific Infomation Techno­logy Youth Movement, Khai­rul Azlee Abdul Aziz berkata, golongan yang mempelajari ilmu menerusi kaedah itu bia­sanya terdiri daripada remaja untuk tujuan mencuba.

“Golongan terbabit kemudian menyasarkan laman sesawang milik kerajaan yang masih tidak dikemas kini sebagai uji nilai terhadap kemahiran mereka.

“Mereka juga cuba me­lakukan eksploitasi kepada laman kerajaan yang lemah atau outdated yang belum dikemas kini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini turut menjadi mangsa serangan siber terhadap rangkaian data milik agensi itu.

Dalam pada itu, Khairul Azlee berkata, penggodam hebat mewujudkan aplikasi eks­ploitasi media sosial seperti whatsapp blaster.

“Namun selalunya tidak dapat bertahan lama kerana syarikat media sosial sangat aktif dalam penambahbaikan sistem keselamatan terbaru,” ujarnya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN