PETALING JAYA: Selepas kejayaannya mencipta alat pembesar suara tanpa skru berjenama Bowers & Wilkins 2-Way Kevlar yang mendapat perhatian syarikat kereta berprestasi tinggi McLaren Senna, Ruslin Tamsir mahu ada lagi anak tempatan yang berani menghasilkan produk bernilai antarabangsa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak Melayu berasal dari Kuala Lumpur itu berharap hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang ditampilkannya membuka lebih banyak peluang untuk pemegang taruh industri automotif tempatan bersaing dari segi pembuatan komponen selain yakin mengkomersialkannya. Ruslin, 36, berkelulusan kejuruteraan mekanikal dan mekatronik dari University of Applied Science Ravensburg-Weingarten, Jerman memberitahu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya