Suami isteri maut, nahas dengan lori - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, nahas dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN : Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, di sini malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Mohamad Ismail, 70, dan Halijah Hamat, 62, beralamat di Felda Palong 3, disahkan maut di lokasi kejadian.

Difahamkan pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari rumah saudara di Kampung Pondoi ke kediaman mereka di Felda Palong 3.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi pada pukul 8.52 malam.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kedua-dua mangsa masih tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori lima tan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Norfaizal berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya di bawa keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya