Warga emas melecur silinder gas meletup - Utusan Malaysia

Warga emas melecur silinder gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT : Seorang warga emas berusia 71 tahun melecur pada kakinya akibat letupan yang berpunca daripada pemasangan pengatur gas dalam kejadian di Taman Soga di sini semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur berkata, pengatur gas itu dikatakan baru dibeli sebelum berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran pada silinder gas.

Katanya, seramai 10 anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 6.25 petang.

“Tindakan operasi adalah memberi rawatan awal terhadap wanita itu selepas dia enggan dihantar ke hospital. Anggota bomba juga membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan tersebut untuk memastikan tiada kebocoran lain berlaku di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN