"Tak suka takpe, tapi jangan zalimi binatang'- Umie Aida - Utusan Malaysia

“Tak suka takpe, tapi jangan zalimi binatang’- Umie Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama seekor anjing tular di media sosial, pelakon versatil, Datin Paduka Umie Aida bagaimana pun enggan melatah dan melayan persepsi jahat segelintir netizen.

Umie berakata, anjing beranama Blackie itu merupakan seekor anjing jalanan yang sentiasa ada bersamanya namun tidak pernah cuba mendekati atau menyentuh dirinya.

Jelasnya, agama Islam mengajar seseorang untuk tidak menzalimi dan mengasihi setiap makhluk walaupun ada batas serta hukum tertentu yang perlu dipatuhi.

“Saya tahu haram tetap haram. Saya tahu ada batas dan hukum tertentu berhubung anjing. Tetapi Islam itu indah. Saya tak pernah pegang atau peluk dia. Malah, Blackie sendiri seperti tahu ‘batas’ dia.

“Tak suka anjing tak apa, tapi jangan zalimi mereka. Itu juga makhluk Tuhan. Tak salah kan kalau kita saling mengasihi. Saya cuma bagi makan dan ‘perlindungan’ yang mereka perlukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon Dukun itu bagaimanapun enggan mengambil pusing soal kritikan dan kecaman netizen apabila gambarnya bersama Blackie tular di laman sosial.

“Kita tidak boleh halang negativiti. Nak bercakap soal ini pun kena ada ilmu dan paling penting jangan malu bertanya. InsyaAllah semoga perkongsian saya ini membuka hati mereka yang mengecam.

“Tak takut pun kalau ada yang kecam atau kritik. Bukan salah buat salah. Bukan saya bela dan peluk Blackie pun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya