Suspek utama tetak bekas pengarah MARDI diberkas - Utusan Malaysia

Suspek utama tetak bekas pengarah MARDI diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga individu lagi termasuk seorang suspek utama kes kematian bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong yang maut ditetak, ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek ditahan dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, selain suspek utama itu, dua lagi suspek turut ditahan dalam serbuan antara pukul 3.30 pagi hingga pukul 5 pagi di Jalan Genting Klang, Jalan Air Panas, Setapak dan Jalan Rinching, Semenyih.

“Soal siasat awal ke atas suspek berusia 23 tahun yang ditahan di Jalan Rinching, mendapati dia bertanggungjawab menetak mangsa dalam kejadian berkenaan.

“Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Sugu Thangarajoo berusia 27 tahun,” katanya dalam sidang akhabr di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa siri kes samun didalangi kumpulan itu di sekitar Lembah Klang, susulan penahanan semua suspek berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya