PGA terpaksa 'angkut' pasangan pengantin - Utusan Malaysia

PGA terpaksa ‘angkut’ pasangan pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan hari ini memudahkan urusan akad nikah sepasang pengantin dengan membawa mereka ke Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, selepas laluan ke masjid itu ditenggelami air sejak semalam.

Noraishah Ghazali, 26, dan pasangan Wan Mohammad Ridhwan Wan Yusoff, 20, bersama rombongan terpaksa dibawa menggunakan pacuan empat roda (4WD) PGA Batalion 7 kerana laluan ke masjid terbabit dinaiki air sehingga sedalam 0.3 meter.

Noraisah berkata, dia dan pasangan serta rombangan sudah bersiap-sedia untuk mengharungi banjir ke masjid bagi memastikan majlis tersebut berjalan sebagaimana yang telah dirancang.

Menurutnya, dia dan keluarga telah didatangi oleh anggota PGA yang menawarkan bantuan untuk membawa mereka ke masjid.

“Tanpa berfikir panjang saya dan keluarga terus menerima pelawaan dari anggota PGA.

“Alhamdulillah, kira-kira jam 12 tengah hari saya dan pasangan (Wan Mohammad Ridhwan) sah menjadi suami isteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noraisah memberitahu, dia dan suami serta keluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PGA diatas bantuan tersebut.

Katanya, dia menyifatkan bantuan itu merupakan rezeki terpijak yang dikurniakan oleh Maha Pencipta.

“Saya bersama pasangan dan keluarga sememangnya sudah bersedia untuk meredah air banjir. Namun tidak menyangka banjir datang lebih awal pada tahun ini.

“Biasanya setiap tahun, banjir akan datang selepas 24 Disember,” ujarnya yang berasal dari Kampung Kubang Rambutan di sini.

Noraisah berkata, dia dan keluarga terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana semua itu telah dirancang dari awal.

Katanya, disebabkan oleh banjir dia dan suami mengambil keputusan untuk mengangguhkan dulu majlis kenduri kerana rumah mereka ditenggelami banjir lebih 1.3 meter dalam.

“Buat masa ini saya menumpang di rumah kakak dekat Kampung Gual Tinggi,’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya