UTUSAN Malaysia kesal dengan laporan bertajuk “Kompleks Beli Belah Johor Bahru City Square Ditutup” di laman web www.utusan.com.my dan facebook Utusan Digital bertarikh 26 November 2020.
Kami mengambil maklum teguran yang diberi berkenaan dengan kesilapan tersebut yang tidak disengajakan dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada pihak pengurusan Johor Bahru City Square.
Sehubungan dengan itu, laporan berkenaan telah ditarik balik dari semua platform digital dan media sosial kami dengan serta merta. -UTUSAN