Mayat mungkin tersangkut lumpur, sangkar ikan - Utusan Malaysia

Mayat mungkin tersangkut lumpur, sangkar ikan

LOQMAN HAMKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Jika tidak tersangkut, jasad mangsa lemas, Loqman Hamka, 20, boleh dihanyutkan air Sungai Pahang yang deras sehingga melintasi empat daerah ke Kuala Pekan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat mangsa tersangkut dalam lumpur atau sangkar ikan yang tenggelam.

“Berdasarkan kepada pengalaman penyelam, terdapat banyak lumpur yang memungkinkan mangsa tersangkut dan terdapat juga sangkar ikan yang tenggelam.

“Kita teruskan operasi dengan ditumpukan kepada kawasan dikenal pasti seperti di bawah sangkar melalui operasi menyelam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jumaat lalu, Loqman yang keluar menaiki bot bagi melihat rawai yang dipasang di Sungai Pahang berhampiran dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, bot mangsa ditemukan hanyut oleh penduduk setempat di sekitar Kampung Kuala Kunjan di sini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, sehingga petang semalam, tidak apa-apa petanda kedudukan mangsa meskipun operasi pencarian dilakukan sehingga 52 kilometer ke kawasan Chenor, Maran.

Jelasnya, operasi mencari mengalami kesukaran dengan jarak penglihatan yang terhad dan arus sungai yang deras di bahagian dasar selain keadaan berlumpur serta banyak sangkar ikan.

“Kawasan berhampiran kita telah melakukan selaman termasuk pencarian di kawasan pokok-pokok di tepi sungai selain pencarian di permukaaan dan kaedah ombak menggunakan bot serta ‘drag and pull’ macam pukat.

“Kita juga turut menggunakan khidmat anjing pengesan JBPM daripada Kuala Lumpur bagi melakukan pencarian mangsa malah operasi juga dibantu oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.