Lelaki OKU terperangkap dalam banjir - Utusan Malaysia

Lelaki OKU terperangkap dalam banjir

ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir OKU dalam kejadian di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian malam tasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas telah membantu memindahkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan, selain mangsa tersebut, seorang lelaki dewasa juga dibantu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Melayu Raya yang dibuka susulan kejadian itu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Pekan Nanas telah bertindak membantu memindahkan kedua-dua mangsa itu dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.12 malam setelah sekitar lokasi dinaiki air lebih kurang dua kaki.

“Anggota bomba memindahkan satu keluarga yang terdiri daripada satu lelaki dewasa dan seorang lelaki OKU ke PPS Kampung Melayu Raya dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, hujan melanda beberapa kawasan di negeri ini termasuk Johor Bahru dan Pontian.

Pada bulan lalu, Johor Bahru dan Pontian dilanda banjir kilat  sehingga menyebabkan seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka sejurus kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya