Komakmur peruntuk RM200,000 bantuan banjir - Utusan Malaysia

Komakmur peruntuk RM200,000 bantuan banjir

HISHAMUDDIN Abdullah (kiri, depan) melepaskan peserta konvoi Misi Bantuan Banjir Makmur Gold Pantai Timur 2020 di Pasar Raya MG Coop Mart di Indera Sempurna, Kuantan, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur) memperuntukkan RM200,000 untuk melaksanakan Misi Bantuan Banjir Makmur Gold Pantai Timur 2020 di Terengganu dan Kelantan.

Pengerusi Komakmur, Hishamuddin Abdullah berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan dua lokasi di Terengganu iaitu Kemaman dan Kuala Terengganu manakala Kelantan di Kota Bharu serta Rantau Panjang.

Katanya, sebanyak 500 pek berisi barangan keperluan harian seperti beras diserahkan kepada mangsa banjir di dua negeri tersebut.

“200 pek barangan keperluan harian diserahkan kepada mangsa banjir di Terengganu manakala selebihnya di Kelantan.

“Semua barangan bantuan berkenaan akan diserahkan melalui pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak tiga kenderaan pacuan empat roda dan 50 motosikal dari Kelab Motosikal Kemasik menyertai konvoi ke dua negeri tersebut bagi menyampaikan sumbangan berkenaan.

Majlis pelepasan konvoi tersebut disempurnakan oleh Hishamuddin di Pasar Raya MG Coop Mart di Indera Sempurna, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, menjadi visi dan misi Komakmur berkongsi keuntungan koperasi itu bersama masyarakat yang memerlukan bantuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya