Gunakan LPT2 elak terperangkap banjir - Utusan Malaysia

Gunakan LPT2 elak terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sekiranya laluan lain di negeri ini ditutup akibat banjir. 

Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim berkata, pihaknya menggalakkan para pengguna di pantai timur untuk menggunakan laluan sepanjang 184 kilometer antara Jabor dan Kuala Terengganu itu kerana lebih selamat, selesa dan mudah.

“LPT2 bukan sahaja menyediakan kawasan rehat yang bersih, tetapi juga mempunyai 60 anggota LPT2Ronda terlatih di samping 30 pasukan peronda sekiranya berlaku kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Roszi, pengguna boleh memilih berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Paka dan Ajil sekiranya berlaku kecemasan.

Di samping itu, katanya, sebarang bantuan orang ramai boleh menghubungi talian 1800-88-0220 yang turut menyediakan maklumat trafik terkini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN