Enam lelaki warga asing ditahan terlibat judi dalam talian - Utusan Malaysia

Enam lelaki warga asing ditahan terlibat judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktiviti kegiatan judi dalam talian di Serdang, dekat sini kini dikesan beralih dari premis perniagaan ke kawasan kediaman bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik berkenaan terbongkar susulan serbuan sepasukan anggota polis menerusi Op Dadu di sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Puchong, dekat Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, menerusi serbuan kira-kira pukul 10.56 malam itu, sebanyak enam lelaki warga asing ditahan.

Katanya, mereka yang ditahan ialah tiga lelaki Bangladesh, Myanmar (dua orang) dan Indonesia (seorang) berusia lingkungan 20-an hingga 50-an yang bertindak sebagai pekerja serta pelanggan.

“Turut dirampas empat komputer riba, modem (dua unit), telefon bimbit (satu unit) serta wang tunai berjumlah RM200 bagi membantu siasatan.

“Semua suspek direman hingga 17 Disember ini mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya