Cubaan seludup RM105.9 juta dadah menerusi laut dipatahkan  - Utusan Malaysia

Cubaan seludup RM105.9 juta dadah menerusi laut dipatahkan 

MOHD. Zubil Mat Som (tengah) dalam sidang akhbar rampasan dadah Methamphetamine bernilai RM105.9 juta di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang, Georgetown, hari ini. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri  melumpuhkan satu sindiket penyeludupan dadah bernilai RM105.9 juta selepas menahan seorang keldai dadah di kedudukan 5.3 batu nautika selatan Pulau Kendi, Teluk Kumbar, di sini Rabu lalu.

Suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun itu diberkas selepas bot pemancing yang dikemudinya terserempak dengan anggota pasukan terbabit yang ketika itu membuat rondaan Op Pertiwi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana  Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, anggotanya menahan bot suspek yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan ketika dikesan dari Sungai Juru, Seberang Perai Tengah menghala ke Pulau Kendi.

Katanya, suspek enggan memberi kerjasama ketika anggota mengarahkannya berhenti sebelum bertindak terjun ke laut.

“Sebelum itu, bot Maritim Malaysia mengejar bot suspek kira-kira setengah jam selepas dia membiarkan bot tersebut meluncur laju ketika diarahkan berhenti.

“Anggota menarik suspek naik sebelum memberhentikan bot berkenaan di lokasi berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia negeri, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan di atas bot suspek menemukan sebanyak 130 guni berwarna kuning yang mengandungi 1,998 bungkusan minuman teh Cina berisi dadah jenis Methamphetamine dengan keseluruhan berat 2,118 kilogram.

Katanya, suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya termasuk mengesan saki-baki terutama ketua sindiket terlibat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya