Bekas Timbalan Menteri Penerangan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Timbalan Menteri Penerangan meninggal dunia

ALLAHYARHAM RAILEY JEFFREY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Railey Jeffrey meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda di sin,i pada pukul 5.30 petang semalam.

Difahamkan, jenazah Allahyarham, 75, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.    

Railey berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Penerangan pada tahun 1986 sehingga 1995 dan selepas itu memegang portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 1999.

Pada tempoh itu, beliau merupakan Ahli Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada tahun 1991. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN