Bekas CEO TTITC maut kemalangan motosikal - Utusan Malaysia

Bekas CEO TTITC maut kemalangan motosikal

KEADAAN motosikal Harley-Davidson milik Ajlan Mohamad yang maut dalam kemalangan di Rhu 10, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Setiu, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Datuk Ajlan Mohamad, 61, maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Rhu 10, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley-Davidson meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, nahas dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang dari arah Kampung Fikri tiba-tiba merempuh sebuah kereta Proton Iswara yang membelok ke simpang kanan Kampung Pandan Jaya.

“Mangsa melanggar bahagian belakang kereta Proton Iswara dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Afandi, pemandu Proton Iswara itu tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Utusan Malaysia, difahamkan Ajlan menamatkan perkhidmatannya sebagai CEO pusat latihan perkayuan itu tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.