A. R Badul berhak bersuara - Utusan Malaysia

A. R Badul berhak bersuara

RUSHDAN SUJAK RAFIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selaku bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, pelakon dan pelawak, A.R. Badul berhak untuk bersuara selagi mana harta pusaka peninggalan anak lelakinya itu boleh diwarisi mengikut kaedah faraid.

Peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie berkata, kenyataan A.R. Badul seperti yang disiarkan Utusan Malaysia semalam (Selasa) adalah perkara biasa yang mahukan urusan berkenaan pembahagian diselesaikan secepat mungkin.

Katanya lagi, melambatkan proses pembahagian hanya akan mengundang masalah lebih besar terutama jika berlaku kematian waris.

“Jadi dalam kes Badul ini, sebagai bapa dia memang berhak untuk bersuara selagi mana harta itu boleh diwarisi ikut faraid. Jadi tak timbul isu siapa yang perlu uruskan kerana lagi cepat selesai, lagi bagus.

“Andai kata lambat selesai dan ada kematian waris, ia akan melambatkan dan merumitkan proses kerana telah jadi bertindan. Pada saya Badul berhak untuk suarakan dan boleh untuk uruskan pembahagian jika dipersetujui.

“Hak tersebut tak akan lucut atau lari sebab sudah ada ketentuan syarak. Cuma cepat atau lambat menguruskannya sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan A.R. Badul menolak dakwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa.

A.R Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengecam dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN