91 mangsa banjir Raub dipindah - Utusan Malaysia

91 mangsa banjir Raub dipindah

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Raub malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seramai 91 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini selepas kediaman mereka dinaiki air tengah malam tadi. 

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kesemua mangsa daripada empat buah kampung dipindahkan ke lima PPS.

“Seramai enam orang ditempatkan di PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam; Masjid Kampung Kuala Semantan (32 orang); PPS Sekolah Kebangsaan Tersang (10 orang); PPS Balai Raya Kampung Sengkela (enam orang dan PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai seramai 37 orang.

“Pada masa ini pihak bomba masih terus melakukan pemantauan berterusan di sekitar daerah,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, paras air Sungai Lipis dan Sungai Gali berada pada paras bahaya manakala Sungai Dong pada paras amaran.

Katanya, sehingga pukul 12 tengah hari menyaksikan paras air Sungai Gali berada pada trend menurun manakala Sungai Lipis  berada pada trend bertahan Sungai Dong pula berada pada trend menurun.

“Bagi taburan hujan pula, setakat pukul 12 tengah hari  hujan gerimis direkodkan di seluruh kawasan pedalaman di daerah ini,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN