76 polis Johor positif Covid-19 - Utusan Malaysia

76 polis Johor positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 76 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor termasuk ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19 setakat ini. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia melibatkan dua pegawai, 29 anggota, empat kakitangan awam dan 41 ahli keluarga. 

Katanya, mereka yang dikuarantin pula membabitkan seramai 401 individu iaitu 16 pegawai, 366 anggota, tiga kakitangan awam dan 16 ahli keluarga. 

“Angka ini dijangka meningkat dan sedang menunggu hasil ujian saringan yang dibuat. 

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi merekodkan kes paling tinggi setakat ini dengan 13 anggota dan 12 ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 manakala seramai 125 individu sedang kuarantin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen IPK Johor, di sini hari ini. 

Ayob Khan berkata, setakat ini, tenaga kerja PDRM Johor masih mencukupi biarpun kes positif dan yang sedang menjalani kuarantin kian meningkat. 

“Kita juga mengatur gerak pasukan lain seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengemas kini kekuatan yang ada.

“Pada masa sama, kita juga melihat di daerah mana yang ada lebihan untuk gunakan anggota terlibat bagi membantu daerah kritikal,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau  memberitahu, pihaknya akan menempatkan tahanan yang positif dari lain-lain daerah ke Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat peningkatan jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan tahanan di Lokap IPD Kota Tinggi dan hasil saringan mendapati 125 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari sehingga 10 Januari melibatkan dewan yang menempatkan tahanan positif Covid-19 dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh kementerian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.