Vaksin penawar, jangan dipolemik - Utusan Malaysia

Vaksin penawar, jangan dipolemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA sepatutnya boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan untuk mendapatkan bekalan awal vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

Bermakna rakyat Malaysia meskipun bukan semuanya pada peringkat ini, akan diberikan dos suntikan vaksin yang bertujuan mencegah daripada serangan virus Covid-19. Tidak semua rakyat Malaysia memahami bahawa fungsi utama vaksin adalah untuk mencegah daripada serangan virus atau bakteria dan bukannya ubat penawar.

Vaksin akan merangsang antibodi yang bertindak sebagai pertahanan badan bagi melawan serangan virus berkenaan. Mujurlah vaksin untuk virus ini sudah dihasilkan meskipun masih terdapat beberapa pihak menganggapnya terlalu cepat dicipta.

Ini kerana ada pakar berpendapat bagi menghasilkan vaksin yang telah melalui ujian klinikal pada fasa
ketiga memerlukan masa antara tiga hingga empat tahun sebelum benar benar boleh digunakan.

Satu lagi perkara berbangkit yang tidak mungkin ramai menyangka adalah wujudnya kumpulan antivaksin yang dikatakan bertebaran di media sosial. Tinjauan menunjukkan beberapa punca utama penolakan vaksin iaitu tahap kesedaran yang
rendah terhadap manfaatnya, salah faham terhadap kandungannya sama ada tidak halal atau didakwa sebagai agenda atau propaganda Yahudi.

Selain itu, berlaku salah faham terhadap kesan sampingan iaitu vaksin melemahkan tubuh kanak-kanak akibat kesan sampingan selain terpengaruh dengan maklumat dan dakyah berkaitan vaksin di media sosial.

Terdapat kajian oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini bahawa kadar penolakan vaksin tinggi di beberapa negeri iaitu Perak, Terengganu, Pahang,Kedah dan Selangor. Rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan ibu bapa yang menolak pengambilan vaksin juga semakin meningkat pada enam bulan pertama 2017. Kira-kira 800 ibu bapa menolak
pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.

Akibatnya, beberapa wabak (outbreak) demam campak dan difteria dikesan dalam kelompok ini yang
turut memberi kesan kepada kanak-kanak yang telah menerima vaksin.

Mujurlah kebimbangan tersebut melibatkan penyakit lain dan bukan merujuk kepada Covid -19. Ini kerana, belum pun vaksin yang dijanjikan itu sampai ke negara ini, muncul isu berbangkit yang diharapkan tidak menjadi wabak antivaksin.

Sekadar berkongsi pandangan kepada puak-puak antivaksin ini seperti yang disebutkan oleh Mufti Negeri
Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil iaitu perkara yang ditegah dalam hukum syarak menjadi keharusan
apabila sesuatu perkara ditafsir berada dalam keadaan darurat.

Abdul Halim berkata, penggunaan vaksin mencegah Covid-19 menjadi harus kepada umat Islam untuk digunakan walaupun penawar itu mengandungi kandungan bahan-bahan meragukan.

Laupa Junus ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya