KANGAR: Sebelum ini, ribuan pesawah di negeri ini dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM48 juta satu musim berikutan masalah kelewatan dan kekurangan bekalan benih padi yang dikatakan berlarutan sejak 10 tahun lalu. Selepas isu tersebut semakin reda dengan para pesawah mula mengusahakan tanaman dan bersedia menuai hasil pada awal tahun depan, terdapat dalam kalangan petani kini menghadapi masalah baharu yang turut menjejaskan hasil tanaman. Kira-kira 1,000 pesawah dari Arau, dekat sini…