UMNO sedia hadapi PRU-15 - Utusan Malaysia

UMNO sedia hadapi PRU-15

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: UMNO sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan memperkukuh jentera di setiap peringkat.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ketika ini usaha gerak kerja jentera parti itu sedang diperkemas dan diperkukuhkan.

“Saya sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya, kita sedang perkukuh jentera bagi lebih hebat dan sudah bersiap sedia, ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Covid-19 Parlimen Pasir Salak, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRU-15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Sementara itu, mengenai persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik yang dijadualkan 16 Januari depan, Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau akan memanggil UMNO Bahagian Gerik untuk mengadakan mesyuarat dan mendengar laporan daripada kepemimpinan bahagian itu.

“Setakat ini kita belum mengadakan perbincangan. UMNO juga sudah nyatakan Pas tidak perlu masuk bertanding, PN (Perikatan Nasional) juga begitu, jangan bertanding.

“Mudah-mudahan (mereka) tidak bertanding, kalau bertanding pun UMNO tetap akan menang,” katanya.

Beliau berkata, UMNO juga belum mengadakan perbincangan dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi PRK Gerik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya