Trump terus kalah - Utusan Malaysia

Trump terus kalah

TIDAK dapat dipastikan punca Trump menangguhkan rancangan untuk petugas White House menerima suntikan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu demi satu tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menentang keputusan undian pilihan raya presiden yang lalu menemukan kegagalan.

Terbaharu, Mahkamah Agung Pennsylvania menolak tuntutan Trump supaya kiraan undi di negeri itu dibatalkan kerana mendakwa berlaku penipuan yang ketara tanpa memberi sebarang bukti.

Pasukan kempen Trump mengemukakan dua tuntutan di Pennsylvania iaitu menolak semua undi yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Joe Biden dan membiarkan badan perundangan negeri untuk menentukan siapa pemenang.

Namun, mahkamah menolak kedua-dua tuntutan tersebut dalam satu keputusan sebulat suara.

Pennsylvania secara rasmi mengesahkan kemenangan Biden pada 24 November lalu.

Keputusan tersebut secara tidak langsung menyukarkan lagi laluan Trump yang masih berdegil untuk mempertahankan kedudukannya sebagai presiden negara ini.

Trump sebelum ini membuat kenyataan bahawa beliau akan berundur dari White House jika Dewan Pemilih (Electoral College) mengesahkan kemenangan milik Biden dalam satu pertemuan pada 14 Disember ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya