GEORGETOWN: Lebih 80 pemandu pelancong di negeri ini terpaksa melupakan kerjaya di dalam industri berkenaan buat sementara waktu akibat penularan Covid-19. Kesemua mereka hilang mata pencarian sejak Februari lalu dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan antaranya menjadi penghantar makanan dan penjual kek demi meneruskan kelangsungan hidup. Malah, ada dalam kalangan mereka yang mempunyai syarikat pelancongan sendiri terpaksa menutup operasi akibat kesan pandemik berkenaan. Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara (PPPM), Muhammad Farhans…