Sungai Golok lepasi paras amaran - Utusan Malaysia

Sungai Golok lepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Kira-kira 4,000 penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tebing Sungai Golok sudah boleh bersiap ‘awal’ bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Ini disebabkan paras air sungai itu sudah berada di tahap amaran iaitu 8 meter ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati paras air Sungai Golok menunjukkan trend menaik sejak beberapa hari lalu..

Kampung Kubang Chenok berhampiran pekan Rantau Panjang akan menjadi lokasi pertama dilimpahi air jika paras Sungai Golok mencecah 8.9 meter.

Sementara itu, Ketua Balai dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail menasihatkan penduduk terutamanya di kawasan rendah supaya bersiap sedia lebih awal jika diarahkan untuk berpindah.

Katanya, persediaan lebih awal itu akan memudahkan proses pemindahan kali ini yang menggunakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Semua mangsa banjir akan menjalani saringan suhu badan dan sekiranya melebihi 37 darjah celcius mereka akan diasingkan.

Imran berkata, pihaknya berharap penduduk dapat memberikan kerjasama penuh dengan tidak menyembunyikan maklumat sekiranya mereka mempunyai gejala atau pulang dari kawasan zon merah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN