'Sudah empat kali dilawati ular sawa' - Utusan Malaysia

‘Sudah empat kali dilawati ular sawa’

SEEKOR ular lawa sawa sepanjang enam meter ditemukan pada bahagian depan enjin kereta milik pekerja bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, Pontian. Gambar: Bomba Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas kebingungan apabila sudah empat kali ternampak ular sawa dan ular tedung berhampiran kawasan rumahnya di Kampung Batu 25, Pekan Nenas pada tahun ini. 

Menurut Maria Moin, 65, ular sawa sepanjang enam meter yang ditangkap sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas malam semalam adalah yang terbesar ditemukan di rumahnya. 

Jelas Maria, kehadiran reptilia tersebut disedari anak lelakinya yang ternampak haiwan tersebut di bawah sebuah kereta ketika sedang ingin menghidupkan motosikal untuk pulang ke rumah selepas melawatnya. 

“Anak saya naik semula ke rumah dan memberitahu ternampak kepala ular sawa di bawah kereta di depan bengkel, bersebelahan dengan rumah. 

“Apabila kami menghala lampu suluh ke bawah kereta itu, hanya ternampak ekor ular itu yang sudah memanjat ke bahagian depan kereta tersebut.

“Kami cepat-cepat menghubungi balai bomba berhampiran dan tidak sampai setengah jam pasukan bomba itu berjaya menangkap haiwan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Maria memberitahu, bengkel tersebut adalah kepunyaan anak lelakinya namun sudah menjadi terbiar kerana berpindah ke tempat lain kerana kawasan itu kerap dinaiki air ketika berlaku hujan lebat. 

Katanya, sebelum ini kucing peliharaannya hampir menjadi makanan haiwan tersebut namun tindakan pantas anak perempuannya cepat menyambar sangkar kucing tersebut sebelum dihampiri reptilia itu. 

“Makcik hairan bagaimana haiwan itu kerap ditemui di sini rumah ini bukanlah berhampiran kawasan hutan dan saliran air. Mungkin kucing peliharaan kami yang hilang beberapa hari lalu adalah angkara ular sawa ini.

“Makcik duduk di rumah berdua sahaja dengan anak perempuan makcik. Walaupun fobia dengan ular, mahu tak mahu makcik kena memberanikan diri juga,” katanya. 

Dalam kejadian pukul  kira-kira 10 malam semalam, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dikejarkan ke tempat kejadian susulan panggilan kecemasan diterima. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Zamani Md. Din berkata, terdapat seekor ular sawa sepanjang enam meter berada di dalam but depan kereta di kawasan bengkel berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.