Selangor kembali catat kes tertinggi - Utusan Malaysia

Selangor kembali catat kes tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor mencatat kembali kes tertinggi positif Covid-19 hari ini iaitu 402 kes diikuti Sabah, 326 kes dan Negeri Sembilan141 kes.

Selain itu, sebanyak 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tiga kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif baharu pula, sebanyak 1,212 kes direkodkan dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 65,697 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,578 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,203 kes penularan dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya