Sedia guna kamera perakam video untuk kenderaan penguatkuasaan - Utusan Malaysia

Sedia guna kamera perakam video untuk kenderaan penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak menolak langkah pelaksanaan kamera perakam video bagi kenderaan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, kementerian itu sedia mengadakan perbincangan dengan agensi lain bagi memastikan langkah tersebut sah di sisi undang-undang dan dapat digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Malah katanya, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat membekalkan alat atau peranti yang dapat digunakan sebagai bahan bukti di peringkat proses perundangan.

“Kita sedar ada negara yang boleh kita jadikan rujukan seperti United Kingdom (UK), Perancis dan Rusia.Tetapi negara seperti Austria tidak benarkan dan Switzerland tidak menggalakkan kerana ia melanggar hak persendirian.

“Bagaimanapun, penggunaan ini membawa manfaat dan kita sedar kamera ini membantu agensi buat siasatan. Kita boleh duduk bersama berbincang dengan agensi bagaimana mahu ‘legalised ‘ dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang ) berhubung kebenaran penggunaan kamera perakam video pada kenderaan kerajaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya