RM75.4 bilion sasaran pelaburan tahun depan - Utusan Malaysia

RM75.4 bilion sasaran pelaburan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 projek berprofil tinggi yang berpotensi dengan nilai pelaburan sebanyak RM75.4 bilion disasarkan dibawa masuk ke Malaysia tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata, jumlah tersebut meliputi sektor perkilangan, perkhidmatan dan pelaburan asing daripada pelbagai negara.

“Perkara itu dikenal pasti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang turut menilai 786 projek pelaburan dengan nilai RM35.8 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan setakat 31 Oktober lalu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) untuk kelulusan.

” Kementerian melalui MIDA terus berusaha membawa masuk kadar pelaburan tinggi seperti tahun sebelum ini,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) berkaitan unjuran pelaburan luar negara secara langsung (FDI) bagi tahun 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya