PM ajak ahli parlimen luluskan Bajet 2021 - Utusan Malaysia

PM ajak ahli parlimen luluskan Bajet 2021

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri meminta semua ahli parlimen bersatu hati dan mengenepikan perbezaan politik bagi memastikan Bajet 2021 diluluskan demi rakyat dan negara.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepentingan rakyat perlu mengatasi segala kepentingan lain, justeru, satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan ahli-ahli parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya memberi jaminan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang dihadapi masa ini.

“Matlamat kita hanyalah satu iaitu menang melawan Covid-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam perutusan khas situasi semasa Covid-19 semalam.

Muhyiddin berkata, keraja juga sedar ramai rakyat sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan selain banyak perniagaan ditutup, manakala lebih 800,000 orang hilang kerja.

“Jadi menerusi Bajet 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“InsyaAllah, dalam bajet, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif bagi meringankan beban ditanggung saudara dan saudari sekalian,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri Sarawak terpaksa diadakan kerana ia diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Melainkan, jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, PRK di Batu Sapi dan Sarawak boleh ditangguhkan sehingga Covid-19 berakhir.

“Jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati lah. Jagalah diri saudara dan saudari semua. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya