PKPB Mukim Parit Buntar: 6 SJR, pantau lorong tikus - Utusan Malaysia

PKPB Mukim Parit Buntar: 6 SJR, pantau lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Polis mengadakan enam sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Mukim Parit Buntar di sini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, sekatan jalan raya disebabkan PKPB di mukim itu adalah satu cabaran buat anggota polis.

Menurutnya, ini kerana kebanyakan penduduk di kawasan terlibat bekerja di luar daerah Kerian.

“Apatah lagi Mukim Parit Buntar terletak bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah satu cabaran besar bagi pihak polis dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Untuk itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki mukim ini sekiranya tiada urusan mustahak bermula hari ini sehingga 20 November ini,” katanya semasa meninjau SJR di Simpang Lima dan di Kampung Kedah berikutan PKPB di Mukim Parit Buntar di sini hari ini.

Menurut Boon Keng, sekiranya orang ramai mempunyai keperluan terlalu mustahak, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

Menurutnya, bagi yang bekerja di luar atau dalam daerah ini, mereka perlu menunjukkan kad pekerja atau surat kebenaran dari majikan.

“Selain sekatan jalan raya, polis turut membuat pemantauan di lorong-lorong tikus yang terdapat di sekitar mukim ini.

“Polis turut menutup tiga jalan utama antaranya Jalan Mahkamah ke Taman Sempadan Nibong Tebal, Jalan dari arah Nibong Tebal ke Parit Buntar dan Jalan dari Nibong Tebal ke Jalan Sempadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya