MBJB rangka pelan tangani banjir - Utusan Malaysia

MBJB rangka pelan tangani banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merangka beberapa pelan penyelesaian ekoran kejadian banjir yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, pelan itu termasu menyelenggara saliran perparitan yang merentangi jalan negeri dan persekutuan secara berkala.

Katanya, inisiatif itu melibatkan usaha menangani banjir bagi jangka masa pendek dan masa panjang.

“MBJB juga akan melakukan kerja pembersihan kolam-kolam takungan dan mendalamkannya bagi tujuan tebatan banjir di kawan huluan.

“Bagi pendekatan jangka panjang pula, MBJB akan membina empangan di kawasan huluan bagi menampung, memperlahan serta mengurangkan bebanan tampungan kuantiti air di kawasan hiliran yang menyebabkan banjir.

“Selain itu, MBJB juga akan membina pintu air di hiliran yang berpotensi mengurangkan kekerapan banjir di samping menyediakan pam air untuk menstabilkan kuantiti air di parit milik MBJB,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh MNJB di Menara MBJB di sini hari ini.

Pada 19 dan 21 November lalu, beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat susulan hujan yang berterusan, antaranya Kampung Mohd. Amin, Kampung Pasir dan Kampung Sri Serdang Baru.

Adib Azhari turut berkata, banjir kilat yang berlaku di Jalan Permatang 9, Kempas didapati berpunca akibat limpahan air dari kawasan projek Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang terletak bersebelahan jalan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya