MB Terengganu minta rakyat patuh SOP PKPB - Utusan Malaysia

MB Terengganu minta rakyat patuh SOP PKPB

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seluruh rakyat diminta mematuhi garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu di negeri ini bermula lusa.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebarang perubahan garis panduan akan dikemas kini berdasarkan situasi semasa.

“Oleh itu, rakyat dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada kerajaan negeri serta MKN,” katanya dalam hantaran di laman Facebook di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPB diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN