MB Terengganu jalani pembedahan lutut - Utusan Malaysia

MB Terengganu jalani pembedahan lutut

Ahmad Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selesai menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di negeri ini, hari ini. 

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pembedahan itu susulan kecederaan dalaman yang dialami pada ligamen lutut akibat terseliuh semasa melakukan aktiviti riadah.

Katanya, proses penyembuhan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu dan Ahmad Samsuri kini dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan fizikal.

“Bagaimanapun, Menteri Besar akan tetap berusaha untuk meneruskan urusan pentadbiran dan mesyuarat di samping  menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN