Mangsa banjir Terengganu tinggal 494 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu tinggal 494 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebahagian mangsa banjir di negeri ini mulai pulang ke rumah masing-masing dengan hanya 494 yang masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini dua PPS ditutup termasuk satu di Setiu sekali gus menjadikan hanya 16 yang beroperasi di empat daerah.

“Buat masa ini, seramai 239 mangsa ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Nerus manakala Dungun (114), Marang (100) dan Kuala Terengganu (41),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, paras air di sungai-sungai utama Terengganu turut mencatatkan trend penurunan.

Sementara itu, mengulas mengenai tinjauan pasukannya ke Sungai Berang, Hulu Terengganu katanya, keadaan semasa alira sungai pada tahap baik berikutan tiada fenomena air pasang besar.

“Komposisi hujan di Hulu Terengganu kurang berbanding di daerah lain namun ramalan menjangkakan hujan lebat akan berlaku pada lewat petang ini hingga esok,” katanya.

Terengganu dilanda banjir gelombang kedua bermula sejak Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN