Kurang penguatkuasaan punca terjebak rasuah? - Utusan Malaysia

Kurang penguatkuasaan punca terjebak rasuah?

HAMZAH Zainudin (tengah) melancarkan buku Pelan Antirasuah Organisasi KDN 2020-2024 secara maya, di Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tugas kakitangan awam terutama anggota penguat kuasa dilihat memberi ‘ruang’ yang boleh mendorong golongan itu dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk terjebak dalam gejala rasuah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, faktor itu berkemungkinan berpunca daripada kekurangan tindakan penguatkuasaan untuk memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang benar-benar ikhlas.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia merupakan stigma masyarakat bahawa usaha pencegahan rasuah tidak berjaya ditangani sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

“Ramai kalangan rakyat yang mengatakan angggota pengutkuasa kita ini adalah mereka yang ramai terjebak dalam rasuah. Di sebalik usaha menangani pandemik Covid-19 ketika ini sebagai pasukan barisan hadapan, di mana fokus kita sebenar.

“Dalam usaha ini, isu-isu rasuah harus diberi penekanan sama kepada pasukan barisan hadapan dan seluruh anggota kerajaan dalam negara termasuk rakyat,” katanya dalam wawancara khas sempena pelancaran buku Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2020-2024 secara maya, di sini hari ini.

Buku berkenaan turut diserahkan kepada Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, usaha pencegahan rasuah juga harus dilaksanakan melalui advokasi dan kesedaran selain rasa tanggungjawab diri sendiri untuk memastikan tidak terjebak dalam kegiatan itu sebagaimana tuntutan semua agama. 

Beliau berkata, melalui buku tersebut, ia boleh dijadikan satu peringatan kepada semua pihak untuk memastikan rasuah tidak boleh berlaku lagi.

Buku berkenaan dilancarkan bermatlamat ke arah mewujudkan negara bebas rasuah, mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan nilai integriti tinggi.

Ia merangkumi empat bidang utama iaitu tadbir urus kementerian, pentadbiran sektor awam, perolehan kementerian dan penguatkuasaan undang-undang selain 33 inisiatif. 

Menurut Hamzah, pembangunan pelan itu merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 dengan matlamat mewujudkan negara bebas rasuah.

Jelasnya, kementerian komited dalam melaksanakan segala inisiatif yang dirancang dan menjadi kewajipan semua pihak yang dipertanggungjawab dalam usaha memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan negara bebas daripada amalan rasuah.

“Hala tuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang lebih berstruktur dan jelas ini diharapkan dapat memantapkan integriti, tadbir urus dan antirasuah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya