Kluster Gemilang muncul di Johor - Utusan Malaysia

Kluster Gemilang muncul di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan satu lagi kluster Covid-19 baharu hari ini iaitu Kluster Gemilang melibatkan mukim Tebrau sekali gus menjadikan keseluruhan kluster aktif bertambah kepada10 kluster.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kes indeks bagi kluster itu melibatkan  seorang pekerja di sebuah syarikat logistik.

Menurut beliau, pesakit dikenal pasti positif pada 22 November hasil saringan kemasukan di hospital swasta ekoran gejala sukar bernafas. 

“Saringan kontak rapat pula  mendapati 25 rakan sekerjanya turut  positif dan kesemua kes tersebut dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan isolasi. 

“Sehingga 12 tengah hari, seramai 95 kontak rapat  disaring, dengan 26 kes positif setakat ini,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan  menjalankan pemeriksaan berskala besar ke atas pekerja syarikat tersebut termasuk pemandu dan kelindan lori. 

“Pekerja  diberikan perintah duduk di rumah bagi mengawal pergerakan mereka.

“Memandangkan syarikat itu mempunyai kerjasama dengan pelbagai industri di daerah ini, Jabatan Kesihatan menasihati mereka yang terbabit melaksanakan saringan Covid-19 sebagai satu prosedur pencegahan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya