HULU TERENGGANU: Keluarga kepada suspek kes pembunuhan Siti Nor Surya Ismail, 19, semalam bertemu dengan keluarga mangsa bagi memohon maaf atas kejadian 1 November lalu itu. Kunjungan ibu bapa suspek yang berusia 42 tahun ke rumah Ismail Muda, 58, di Kampung Beladau Selat di Kuala Terengganu kira-kira pukul 8 pagi itu turut disertai datuknya dan beberapa saudara serta rakan terdekat keluarga. Ibu suspek berkata, dalam pertemuan hampir satu jam itu,…