Jualan roti canai janda semakin laris - Utusan Malaysia

Jualan roti canai janda semakin laris

NORASIAH Abdul Rahman (kiri) bersama Nurul Nadia Ismail menunjukkan bekas tepung roti canai yang habis di Restoran Roti Canai Janda, Pokok Sena, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Hasil jualan di Restoran Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang, di sini meningkat sekali ganda selepas kisah perniagaan dua beranak yang juga berstatus janda itu disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin.

Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, jumlah pelanggan mengunjungi restorannya yang menggunakan slogan ‘Nikmatnya Tak Terlupa’ didapati lebih ramai semalam berbanding sebelum ini.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan baharu yang tinggal di sekitar di sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Jitra yang melalui kampung ini.

“Alhamdullilah, kebanyakan mereka ke restoran ini selepas tertarik dengan laporan Utusan Malaysia,” katanya semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Restoran Roti Canai Janda yang diusahakan dua beranak itu menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak tiga tahun lalu.

Norasiah yang berpisah de­ngan suaminya sejak 2007 dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal selepas ditinggal suaminya awal tahun ini.

Janda yang mempunyai tiga anak itu memberitahu, setiap hari dia menggunakan tepung gandum sebanyak 14 kilogram untuk diuli menjadi roti canai dan habis dijual antara pukul 11 hingga 12 tengah hari.

“Bagaimanapun semalam, roti canai yang saya jual habis seawal pukul 9 pagi.

“Malah saya terpaksa menambah tepung gandum untuk diuli bagi tidak mengecewakan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap, Mohd. Syaz­wan Abdullah, 53, dia lebih setahun bersarapan di restoran ini, namun semalam tidak dapat bersarapan roti canai.

“Kebiasaannya pukul 10 pagi masih ada roti canai, tetapi hari ini (semalam) telah habis awal. saya hanya tinggal berdekatan restoran ini, jadi tidak apa boleh datang lagi esok (hari ini),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya