Johor tangguh Majlis Sambutan Maulidur Rasul - Utusan Malaysia

Johor tangguh Majlis Sambutan Maulidur Rasul

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menangguhkan sebarang penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul bermula 1 Disember ini sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dalam usaha membendung penularan Covid-19, maka kerajaan negeri memutuskan menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul.

“Langkah ini dibuat dengan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di beberapa daerah dalam negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat kelmarin, kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Johor adalah sebanyak 1242 kes, yang mana 990 kes iaitu 79.7 peratus telah pulih manakala 230 kes sedang dirawat.

Sementara itu, jumlah kluster aktif yang dilaporkan di negeri ini adalah 12 dengan yang terbaru Kluster Gemilang di Mukim Tebrau.

Situasi berkenaan menyebabkan kerajaan mengaktifkan semula Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang sebagai Hospital Covid-19 secara rasmi bermula 25 November lalu.

Tosrin berkata, sehubungan itu garis panduan yang dikeluarkan pihaknya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran majlis sambutan itu pada 18 Oktober lalu turut ditangguh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya