Johor sedia dana RM100 juta bantu usahawan PKS - Utusan Malaysia

Johor sedia dana RM100 juta bantu usahawan PKS

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Belanjawan Johor 2021 menyediakan dana RM100 juta kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak dengan kadar faedah munasabah serta syarat yang longgar.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, dana itu akan diberikan menerusi satu skim pembiayaan iaitu Johor Niaga–Bank Rakyat SME Loan dengan kerjasama Bank Rakyat sejajar usaha membolehkan lebih ramai usahawan mendapat pembiayaan.

Katanya, ia merupakan antara lima lima inisiatif dalam Agenda Johor Niaga bagi menggandakan usaha menjana semula serta memulihkan ekosistem ekonomi demi kelangsungan perniagaan, terutamanya bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Inisiatif kedua ialah meringankan beban penjaja dan peniaga dengan memberi pengecualian bayaran lesen bagi penjaja, peniaga PKS, mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuat kuasa dari 1 Januari 2021.

“Menerusi inisitiaf ketiga, sebagai usaha bagi menggalakkan perniagaan kecil-kecilan bertapak, pihak Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor akan menyediakan ruang dan peluang berniaga yang bersesuaian kepada peniaga kecil serta pengusaha food truck,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 di sini semalam.

Hasni berkata, inisiatif keempat ialah Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk melaksanakan Program Pembiayaan Sahabat Johor dalam memberi pembiayaan kredit mikro tanpa cagaran dan tanpa penjamin kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah melibatkan seramai 2,396 sahabat AIM yang terkesan akibat Covid-19.

“Inisiatif kelima pula adalah mempertingkatkan usaha sokongan dan latihan bagi sektor PKS, antaranya menerusi Geran Orang Lokal 3.0 yang akan digandakan jumlahnya daripada RM1.5 juta menjadi RM3 juta bagi membantu meningkatkan produktiviti seramai 240 pengusaha PKS,” katanya.

Menyentuh soal golongan belia, Hasni mengumumkan peruntukan RM1 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembangunan Murid Johor dan Program Pengayaan bahasa Inggeris.

”Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan Dana Galakan Persatuan Belia Negeri Johor bagi melaksanakan pelbagai program meliputi aktiviti kesukarelawanan, khidmat bakti masyarakat, belia, sukan dan rekreasi.

”Program XTIF Johor akan diwujudkan dengan peruntukan RM1.98 juta bagi merakyatkan dan menggalakkan aktiviti sukan sebagai gaya hidup rakyat Johor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya