Jeritan wanita gagalkan cubaan menyamun - Utusan Malaysia

Jeritan wanita gagalkan cubaan menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jeritan seorang wanita mengagalkan cubaan penjenayah menyamunnya di sebuah tandas stesen minyak di Lebuh Cemerlang, Ulu Tiram di sini apabila suspek lari lintang-pukang.

Kejadian berlaku pukul 9.45 malam Ahad lalu apabila mangsa menyedari beg tangannya cuba diragut suspek.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mangsa melawan dengan menolak suspek sehingga dia gagal mengambil beg tangan mangsa.

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri apabila wanita menjerit meminta pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, namun suspek berjaya ditahan polis dua hari lepas.

Katanya, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan polis dalam tugasan Rondaan Cegah Jenayah.

Katanya, polis turut merampas sebuah motorsikal milik suspek. 

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ismail mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan tandas awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya