Hanya 4,181 peniaga 'online' daftar SSM BizTrust - Utusan Malaysia

Hanya 4,181 peniaga ‘online’ daftar SSM BizTrust

ROSIL Wahid (kiri) melihat ternakan ayam di Ladang Perternakan Ayam Kemat Ternak Maju di Kampung Kemat, Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Hanya 4,181 peniaga dalam talian mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) BizTrust sejak 2017 hingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah itu masih rendah berbanding 373,213 perniagaan dalam talian yang berdaftar setakat ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kalangan peniaga e-dagang dan dalam talian untuk segera mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna.

“Kesedaran pengguna mengenai SSM BizTrust ini masih rendah, jadi kita berharap lebih ramai peniaga dapat merebut peluang untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM BizTrust yang kini ditawarkan secara percuma sehingga 30 Disember ini.

“Peniaga dalam talian yang berdaftar dan memaparkan logo SSM BizTrust di laman sesawang atau platform media sosial seperti Facebook dan Instagram boleh diklasifikasikan sebagai entiti perniagaan yang dipercayai serta diyakini pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Ladang Perternakan Ayam Kemat Ternak Maju di Kampung Kemat di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, sehingga September lalu pihaknya menerima 9,116 aduan membabitkan perniagaan dalam talian melibatkan kesalahan seperti tidak menerima barangan di samping perkhidmatan tidak memuaskan.

Katanya, berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, transaksi dalam talian pada Mei 2020 meningkat sebanyak 39.3 peratus berbanding Mei tahun lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya