Belanjawan 2021 berundur ke belakang- Mujahid - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021 berundur ke belakang- Mujahid

MUJAHID YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan berundur ke belakang kerana memperuntukkan lebih RM80 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat dalam situasi negara berdepan pandemik Covid-19.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Dr. Mujahid Yusof Rawa turut mempersoalkan rasional di sebalik peruntukan luar biasa besar kepada unit propaganda kerajaan itu sedangkan kewujudnnya hanya meretakkan demokrasi negara.

“Jasa langsung tidak menyumbang kepada demokrasi tetapi dihidupkan kembali dengan bajet besar, adakah kerajaan PN berundur ke belakang?

“Bagi saya Belanjawan 2021 adalah bajet yang antiklimaks dengan peruntukan lebih RM81 juta untuk Jasa kembali bernafas sedangkan rakyat menantikan perubahan-perubahan lain daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Amanah Terengganu 2020 secara maya di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Amanah negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin menggesa kerajaan PN mengkaji semula kewajaran peruntukan kepada Jasa kerana adalah lebih munasabah bajet itu disalurkan kepada sektor lain yang lebih memerlukan termasuk pelancongan.

Katanya, peruntukan lebih RM80 juta itu bukan untuk menyelamatkan rakyat tetapi untuk kepentingan kerajaan semata-mata.

“Jelas kita lihat nawaitu kerajaan PN yang sudah melencong dan tidak selaras dengan permintaan mereka yang mahu pembangkang melakukan gencatan politik sedangkan mereka sendiri berpolitik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya