Bekas pengarah MARDI maut, isteri cedera ditetak penjenayah - Utusan Malaysia

Bekas pengarah MARDI maut, isteri cedera ditetak penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut manakala isterinya cedera diserang perompak bersenjatakan parang di kediaman mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Wan Hassan Wan Embong, 71, disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan pada muka dan leher.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama isterinya di kediaman banglo dua tingkat yang mempunyai tujuh bilik itu.

Kejadian kira-kira pukul 4.01 pagi itu berlaku apabila polis menerima panggilan daripada anak mangsa yang memaklumkan rumah ibu bapanya dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil keterangan isteri mangsa memberitahu suspek memecah masuk kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum suaminya turun selepas terdengar bunyi bising di bahagian dapur.

Menurutnya, kemudian mereka didatangi dua lelaki tidak bertopeng yang bersenjatakan parang bertindak meminta duit. 

“Pesara cuba melawan sebelum dia ditetak malah isteri mangsa cedera akibat ditetak di bahu kanan.

“Anggota polis yang tiba mendapati mangsa telah meninggal dunia manakala isterinya pesara guru cedera di bahu kanan,” katanya di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Nik Ros Azhan berkata, suspek mendapatkan barang berharga sebelum melarikan diri mengikut tingkap di bahagian dapur.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk memburu suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya