Batu Pahat dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Batu Pahat dilanda banjir kilat

BEBERAPA kawasan di Batu Pahat ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Selepas Muar, daerah Batu Pahat pula dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat dalam tempoh lebih dua jam.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd. Faezie Abdul Aziz, keadaan masih mendung dan setakat ini tiada pusat pemindahan yang dibuka.

“Hujan lebat menyebabkan limpahan air dari saliran dan agensi  berkaitan masih memantau keadaan dan cuaca dari semasa ke semasa termasuk di tempat-tempat rendah yang berisiko.

“Nasihat kepada orang awam dan jika berlaku banjir segera menghubungi agensi terlibat dan hasil pemantauan di Taman Tasik Y, Jalan Kluang-Batu Pahat dan Taman Kenangan menunjukkan air  surut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya