Perancis perlu bertanggungjawab cetus kemarahan umat Islam - Utusan Malaysia

Perancis perlu bertanggungjawab cetus kemarahan umat Islam

Dr. Azmi Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memilih untuk meneruskan konfrontasi serta sikap Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai pemimpin yang tidak sensitif kepada isu Islam menyebabkan ketegangan kaum akan terus berlaku di negara itu.

Hal ini berhubung tindakan media antarabangsa melaporkan Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW, yang menjadi punca serangan daripada penembak beragama Islam terhadap akhbar berkenaan pada 2015.

Menjelaskan keadaan tersebut, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr. Azmi Hassan berkata, ia bukan kali pertama berlaku di negara itu kerana Macron bertindak sebagai pemimpin yang tidak menghalang ekstremis melampau atas alasan kebebasan menyatakan pendapat.

“Persepsi rakyat Perancis ketika ini mengaitkan keganasan dengan Islam dan sebab itu juga ahli politik mereka tidak mahu dilihat bersimpati dgn Islam dan sebab itu juga Macron tidak mahu kutuk kumpulan yang hina Islam.

“Sebab itu jua apabila Tun Mahathir kritik Perancis, peluang ini disambar oleh pemimpin barat untuk memberi persepsi Islam menggalakkan keganasan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tindakan media antarabangsa itu sekali lagi mencetuskan ketegangan sehingga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan pada masa lalu.

“Memang mudah untuk cari kambing hitam dan kenyataan Tun sengaja disalah erti untuk meletakan kesalahan kepada orang Islam. Masalah pemimpin barat seperti Macron ini ialah mereka tidak memahami sensitiviti umat Islam terhadap penghinaan agama kerana bagi mereka penghinaan terhadap agama kristian atau Yahudi juga berlaku dan mengapa perlu Islam pula diberi keistimewaan.

“Sudah pasti akan ada tindak balas dan serangan di Nice adalah akibat dari kedegilan Macron. Keadaan akan jadi lebih kalut apabila kejadian di Nice dikaitkan dengan agama Islam iaitu sama seperti kejadian pemenggalan kepala guru di Paris.

“Tetapi jika lah Macron bertindak bijak dengan kata kejadian di Paris dan Nice tiada kena mengena dengan agama Islam tetapi dilakukan oleh individu yang memperalatkan agama, kemungkinan kemarahan umat Islam boleh reda,” ujarnya lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×