Warga emas cedera diragut penjenayah bermotosikal - Utusan Malaysia

Warga emas cedera diragut penjenayah bermotosikal

B. Nagamah menunjukkan tangannya yang cedera dalam kejadian ragut di Jalan Resak, Kluang, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita warga emas cedera di bahagian tangan dan kaki manakala rantai leher perkahwinannya bernilai kira-kira RM11,000 lesap akibat diragut penjenayah di Jalan Resak, di sini semalam.

Mangsa, B. Nagamah, 76, berkata, sebelum kejadian, peragut yang menunggang motosikal dilihat berlegar-legar di hadapan rumahnya namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya keluar rumah kira-kira pukul 9.15 pagi untuk membuang sampah dan berjalan kira-kira 100 meter ke rumah jiran.

“Apabila saya ingin berpatah balik, tiba-tiba sebuah motosikal berhenti di tepi sebelum pemboncengnya turun dan terus merentap rantai leher dan menolak saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Nagamah berkata, kejadian itu mengakibatkannya ketakutan dan hanya menangis berjalan pulang ke rumah sebelum membe­ritahu cucunya.

“Kejadian terlalu pantas dan saya tidak melihat wajah penjenayah itu kerana mereka memakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa, S. Santhi, 45, berkata, dia me­nerima panggilan berhubung kejadian dan bergegas pulang daripada bertugas sebagai penyelia sebuah kilang di sini.

Katanya, akibat kejadian itu, ibunya trauma hingga enggan menjamah makanan seharian.

“Jiran kami mempunyai ka­mera litar tertutup (CCTV) yang merakam gambar kejadian. Saya berharap dengan adanya bukti itu, kedua-dua penjenayah dapat diberkas segera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya