UMNO pertimbang tarik diri daripada sokong Perikatan Nasional - Utusan Malaysia

UMNO pertimbang tarik diri daripada sokong Perikatan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan yang UMNO buat adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) yang turut disertai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas agar MN didaftar dengan segera sebagai gabungan politik yang sah.

“Selain itu, UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan dengan berkesan demi kesejhteraan rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya