UMNO ajak semua parti politik rapatkan saf, sama-sama tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

UMNO ajak semua parti politik rapatkan saf, sama-sama tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu semasa hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan memberikan tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

UMNO Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan dan Raja-raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan Baginda-baginda Tuanku dalam mendepani kemelut politik negara.

Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.

Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.

Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

Rakyat perlu menjadi keutamaan ketika ini. Usaha bersungguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan ekonomi rakyat. Saya menyeru agar kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita ini.

Saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berdoa semoga Allah S.W.T terus mengurniakan kesihatan serta afiat buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan.

DAULAT TUANKU
AHMAD ZAHID HAMIDI
25 Oktober 2020

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya